12 OGOS: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menaruh harapan besar kepada pengundi Melayu yang akan turut menyumbang pada kejayaan mengekalkan kerajaan negeri pada Piihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Katanya, beliau berharap peningkatan pengundi Melayu hari ini mampu memenangi 40 hingga 41 kerusi bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) sekaligus dapat memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor .
“ Kita optimis 70 hingga 80 peratus untuk tubuhkan kerajaan negeri.
“Jentera PH-BN telah bekerja kerasa sepanjang 14 hari berkempen dan kini mandat perlu diserahkan kepada rakyat,” katanya selepas selesai membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru, hari ini.
Terdahulu, Amirudin tiba bersama isteri menaiki motor sikal kira-kira jam 8.24 pagi ke pusat pengundian itu bagi mengelakkan daripada tersangkut dalam kesesakan.
Pada PRN Selangor kali ini, Amirudin berdepan saingan tiga penjuru dari calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaludin dan calon bebas, Suman Gopal.
Sementara itu, Calon BN bagi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua hari ini.
Beliau tiba bersama isteri, Datin seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai mengundi pada jam 8.40 pagi.
Mohamad berpuas hati dengan perjalanan PRN di Negeri Sembilan dari tempoh kempen sehingga hari pengundian.
“Kali ini tengok Kedua part PH-BN dan Perikatah Nasional menjalankan kempen pilihan raya secara sihat.
“Tiada kecam-mengecam, cuma masing masing-masing minta rayu supaya pengundi memeberikan undi kepada mereka.
“Saya rasa perkara ini satu benda yang sihat di Neheri Sembilan tempat lain dikhabarkan panas, di sini tidak begitu, kita hormat antara satu sama lain,” ujarnya.
DUN Rantau menyaksikan pertembungan satu lawan satu dengan Mohamad disaingi Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan.
Mohamad merupakan penyandang DUN Rantau sejak 2004 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 sehingga 2018.