19 Ogos : Syarikat angkasa lepas Amerika Syarikat, SpaceX menangguhkan pelancaran kenderaan pelancar Falcon 9 yang membawa satelit Starlink pada Jumaat.
Ia susulan kekuatan Taufan Hilary yang semakin meningkat di Lautan Pasifik, lapor Sputnik.
Syarikat itu memaklumkan ia berkemungkinan diteruskan pada Isnin ini.
“Disebabkan Taufan Hilary yang memberi impak kepada operasi pemulihan di Pasifik, kami menangguhkan pelancaran Starlink Falcon 9 malam ini.
“Peluang pelancaran seterusnya berkemungkinan pada awal Isnin, 21 Ogos,” kata SpaceX di platform media sosial X (Twitter).
Sebelumnya pada Khamis, SpaceX berjaya menempatkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit.
Starlink, rangkaian satelit generasi akan datang yang dilancarkan pada Februari 2018, dibangunkan untuk menyediakan akses Internet jalur lebar di seluruh dunia.
*Foto X SpaceX