nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jalaluddin dilantik Exco kanan N.Sembilan, UMNO dapat 4 Exco

24 Ogos: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini dilantik menjadi Exco kanan dalam kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

UMNO sah diberi empat jawatan Exco di negeri itu di mana selain Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pertang, ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim; ADUN Palong, Mustapha Nagoor dan ADUN Linggi, Datuk Faizal Ramli turut mengangkat sumpah hari ini.

Turut dilantik empat ADUN DAP dan dua ADUN PKR yang mengangkat sumpah pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Besar Seri Menanti.

Dari DAP, ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Nilai, J. Arul Kumar, ADUN Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon dan ADUN Repah, S Veerapan.

Dari PKR, ADUN Kuala Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan ADUN Ampangan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Sepuluh EXCO Negeri Sembilan bagi penggal ke-15 itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Portfolio bagi setiap Exco bakal diputuskan pada mesyuarat Exco pertama, petang ini.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat selesai mengangkat sumpah buat penggal kedua, minggu lalu.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Muhammed Abdullah.

PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos lepas menyaksikan gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.