25 OGOS : Malaysia masih belum memuktamadkan untuk menyekat produk laut laut Jepun susulan tindakan pelepasan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima ke laut.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkaitan alam sekitar sedang menjalankan kajian berkait perkara itu.
“Setakat ini belum putuskan (sekatan),” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Show-Tech MARDI 2023 di Taman Ekso Agro Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.
Menurutnya, keputusan itu akan dibuat berdasarkan hasil kajian yang sedang dijalankan.
“Banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat pendirian dan kita akan bersama dengan mereka sekiranya hasil kajian itu menunjukkan bahaya kepada penduduk,” katanya.
Jepun sudah mula melepaskan sisa air radioaktif dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik bermula semalam meski perkara itu dikritik serta beberapa negara sudah melaksanakan sekatan import makanan lautnya.
*Foto: Facebook Mohamad Sabu