nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertembungan 3 penjuru di PRK Parlimen Pulai

26 OGOS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon Bebas.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat sah diumumkan sebagai calon PH di kerusi parlimen berkenaan.

Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor dan Ketua Amanah Bahagian Pulai ditentang calon PN, Zulkifli Jaafar iaitu Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai yang juga usahawan dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL).

Samsudin akan menggunakan simbol kunci.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.

Terdahulu, Miswan mengumumkan SPR menerima kertas pencalonan daripada tiga calon berkenaan dengan tiada pencalonan yang ditolak.

Suhaizan menghantar kertas penamaan jam 9.02 pagi diikuti Zulkifli dan Samsudin.

Penyokong Kerajaan Perpaduan dilihat berarak bersama calon ke pusat penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu pada jam 8.45 pagi.

Turut mengiringi Suhaizan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa pemimpin dan penyokong PN hadir mengiringi Zulkifli.

Samsudin tiba paling awal di pusat penamaan calon itu, pagi tadi.

Suasana di pekarangan pusat penamaan calon juga hangat dan meriah dengan sorakan penyokong setiap parti politik selain membawa sepanduk dan bendera sebagai simbolik solidariti bersama calon.

SPR menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor pada 9 September.

Manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.

Proses pemilihan wakil rakyat baharu di Pulai melibatkan 166,653 pengundi berdaftar, sementara sebanyak 40,379 pengundi di Simpang Jeram dengan Daftar Pemilih Pilihan Raya terkini yang akan digunakan adalah sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini hingga 23 Julai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.