nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong terima taklimat kestabilan nilai ringgit, inflasi

2 SEPT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, semua pihak perlu terus memberi tumpuan terhadap pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif, kukuh serta mampan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zahari Mohd Ariffin dalam satu kenyataan, berkata Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berdoa rakyat terus dilimpahi rezeki yang lebih baik pada masa hadapan serta berharap ekonomi negara terus berkembang.

Zahari berkata, Al-Sultan Abdullah semalam menerima menghadap Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Timbalannya, Datuk Jessica Chew Cheng Lian di Istana Negara bagi memberikan taklimat berhubung perkembangan semasa ekonomi dalam negeri.

Baginda turut menerima taklimat berkaitan kestabilan nilai ringgit, keadaan inflasi, kemajuan ekosistem kewangan Islam, pengantaraan berasaskan nilai dan program kewangan sosial, khususnya program iTEKAD.

Mengulas lanjut, katanya, baginda bersyukur dengan perkembangan inisiatif iTEKAD dalam membantu golongan rentan.

“Setakat ini, iTEKAD yang mendapat sokongan 11 institusi kewangan dan hampir 60 rakan pelaksana sudah memanfaatkan 3,000 usahawan mikro berpendapatan rendah, terutama golongan asnaf,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, baginda mengambil maklum keadaan ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 4.2 peratus pada separuh pertama 2023, meskipun berdepan persekitaran pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan yang lebih perlahan.

“Perkembangan ini disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh berikutan pasaran pekerja dan pendapatan yang lebih baik, selain pelaksanaan projek pelaburan baharu dan sedia ada.

“Baginda turut mengambil maklum kadar pengangguran juga menurun kepada 3.4 peratus pada Jun 2023. Di samping itu, inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus menurun pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah juga memberi perhatian kepada perkembangan sektor kewangan Islam yang sudah menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan perkembangan sosioekonomi negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.