nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan jual agama untuk kepentingan politik

6 SEPT : Pemimpin Perikatan Nasional (PN) sepatutnya menggunakan parti untuk mempertahankan agama dan bangsa bukan menyalahgunakannya hanya untuk mahu memenangi pilihan raya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kesal apabila sikap yang ditonjolkan oleh pemimpin parti itu akan menghalang orang Melayu-Islam daripada membuktikan kredibiliti sebenar mereka yang dipilih untuk memimpin negara.

Katanya, semua orang Melayu secara keseluruhannya perlu memahami bahawa agama Islam sebenarnya menggalakkan pembangunan dan tidak seharusnya berfikiran sempit.

“Masyarakat Melayu kena faham, pembangunan itu dituntut dalam Islam. Jangan hanya pakai slogan membangun bersama Islam namun negeri ke belakang.

“Tak usah jual agama kerana nak kerusi. Jual agama untuk kerusi, kita tak boleh buktikan agama kita dipimpin orang yang boleh membangunkan negara,”katanya ketika ketika program Ziarah Kasih bersama penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling, hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, negeri-negeri pimpinan PN di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah,  perlu menunjukkan pembangunan sebagai bukti kepimpinan yang berjaya walaupun mempunyai kepelbagaian dinamik politik.

Jelasnya, pembangunan tersebut mampu memadamkan sentimen negeri-negeri tersebut ketinggalan dan menunjukkan kepimpinan Islam adalah  kepimpinan yang progresif.

“Yang penting tunjukkan hasil bagaimana kamu bangunkan Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Barulah orang percaya kepimpinan Islam itu  progresif walaupun kita konservatif. Kita nak tunjuk kepada rakyat,” katanya.

Mengambil contoh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pimpinan DAP di Pulau Pinang sebagai perbandingan, Johari melihat Pulau Pinang mempunyai perkembangan yang lebih progresif di bawah seorang ketua menteri bukan Melayu.

Dalam pada itu, Johari berkata sebagai membalas keikhlasan yang ditunjukkan oleh PH semenjak bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan, jentera BN akan berusaha keras bagi membantu memenangkan calon PH Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai yang bakal berlangsung pada Sabtu ini

Beliau berkata, BN akan sentiasa menyatakan sokongan kepada PH walaupun gabungan BN pimpinan Umno gagal memperoleh kerusi yang mencukupi pada PRU15 di negeri Perak dan Pahang untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Begitu juga semasa enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu, Johari berkata BN hanya memenangi dua daripada 12 kerusi yang diperuntukkan di Selangor sehingga menyebabkan kerajaan pimpinan PH hilang  majoriti dua pertiga dalam DUN negeri itu.

PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram dijalankan pada 9 September ini susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru di mana Suhaizan melawan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.