nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM tegaskan tiada campur tangan DNAA Zahid

19 SEPT : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada campur tangan dalam keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah.

Perdana menteri itu berkata, beliau yakin Peguam Negara memiliki budi bicara terhadap soal pendakwaan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan sebelum ini seolah-olah perdana menteri campur tangan. Kita cakap dengan hukuman dan keadilan, bukan dengan andaian. Apakah saya berbincang? Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia apa alasan, dia beri 11 alasan, bukannya bincang.

“Tan Sri Idrus terpaksa tarik diri atas alasan tertentu, saya tanya tidak boleh tangguh? Dia cakap tidak boleh. Saya tahu ramai tidak puas hati, termasuk kawan-kawan saya, tapi saya faham. Tapi, janganlah menghukum saya campur tangan.

“Adakah ada rujukan? Ada. Sebelum ini beberapa rujukan membabitkan beberapa kes, Oleh kerana kes DNAA ini melibatkan kes dibangkitkan, akhirnya keputusan dibuat Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 4 September lalu, Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri menerima DNAA bagi 47 pertuduhan dihadapinya yang mencetuskan perbincangan pelbagai pihak hingga hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pihak terbabit yang mandakwa dirinya campur tangan perlu membuktikan beliau mengarahkan  Idrus untuk melakukan keputusan itu.

“Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) ini tak dengar penjelasan kita. Saya sebut dalam beberapa kes, termasuk ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang kawan Yang Berhormat sekarang pun ada kes prima facie tetapi dibuang.

“Apa bukti saya campur tangan? Peguam Negara itu (Idrus) adalah Peguam Negara yang dipilih ketua Yang Berhormat (Syed Saddiq) dan saya tak tukar Peguam Negara itu.

“Kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan siasatan diteruskan dan kalau ada bukti tambahan, akan teruskan pendakwaan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menyentuh Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) pernah melakukan perkara sama semasa pentadbiran terdahulu dengan merujuk Siti Aisyah yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-Nam, selepas pendakwa raya menggugurkan pendakwaan terhadapnya, pada Mac 2019.

Tindakan tersebut bagaimanapun menimbulkan kekecohan lebih setengah jam apabila Radzi menuntut Anwar menarik balik kenyataan itu yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang turut bangkit mempertahankan Radzi namun penjelasan Anwar berhubung kenyataan dibuat gagal memuaskan hati pembangkang.

Keadaan berterusan kecoh menyebabkan Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Radzi keluar dewan dan semua ahli Parlimen pembangkang sepakat meninggalkan dewan bersama bekas menteri pendidikan itu. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.