nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar bertemu Erdogan bincang manfaat dua negara

21 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Turkish House di Manhattan, New York, hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Menurut pegawai, antara topik perbincangan kedua-dua pemimpin itu berkaitan usaha mencari jalan untuk menangani Islamofobia di peringkat global.

Melalui perkongsian di Facebook, Erdogan berharap pertemuan mereka akan memberi manfaat kepada kedua negara.

“Sempena UNGA ke-78, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk berbincang.

“Semoga pertemuan ini bermanfaat kepada hubungan Turkiye-Malaysia,” katanya sambil berkongsi gambar dengan Anwar.

Bulan lalu, Anwar memaklumkan beliau dan Erdogan bersetuju untuk melihat kemungkinan memulakan suatu pergerakan dan melakukan sesuatu bagi mengatasi serangan terhadap Islam,terutama Amerika Syarikat dan Eropah.

Anwar yang mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA ke-78 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang White Plains Westchester County kira-kira jam 10.38 malam tadi waktu Malaysia setelah berlepas dari Pangkalan TUDM Subang malam kelmarin.

Rombongan Anwar itu disertai isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta para pegawai kanan pejabat Perdana Menteri, disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ahmad Faisal Muhamad.

Selepas pertemuan dengan Erdogan itu, Anwar dijadualkan bertemu dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi diikuti Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe.

Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai perdana menteri di perhimpunan tahunan pemimpin-pemimpin dunia itu dan beliau dijadual menyampaikan Pernyataan Negara Malaysia di Perbahasan Umum di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu pada Jumaat (22 September).

*Foto : Facebook Recep Tayyip Erdogan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.