30 SEPT : Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan bacaan kualiti udara baik dan sederhana di kesemua 67 stesen di seluruh negara, setakat jam 9 malam ini.
Menurut maklumat dipaparkan pada laman Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 11 stesen di Sarawak mencatat bacaan IPU baik termasuk di Kimanis dan Sarikei dengan masing-masing mencatat bacaan IPU di bawah 40.
Sementara itu, sebanyak 56 stesen mencatatkan bacaan IPU sederhana, termasuk di Larkin, Johor yang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 97 manakala di Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan 96 dan 94.
Tiada stesen mencatatkan bacaan status kualiti udara pada tahap tidak sihat seperti direkodkan pagi tadi.
Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini negara dari masa ke semasa.