nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sokongan rakyat, kerjasama agensi bantu SPRM banteras rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjejak usia ke-56 pada hari ini, tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya agensi ini akan terus memberi tumpuan dalam usaha membantu untuk merancak dan meningkatkan semula ekonomi negara yang lebih adil, telus dan berakauntabiliti.

Sejajar dengan peranannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas berlandaskan prinsip keadilan serta undang-undang, maka tidak hairanlah sejak penubuhannya pada 1967 ketika itu dengan nama Badan Pencegah Rasuah (BPR), banyak kejayaan dicapai bukan sahaja dari segi operasi, malah aspek pencegahan dan pendidikan.

Dalam usaha memperkasakan aspek operasi, SPRM memperluas skop penyiasatan dengan mempelopori kaedah siasatan jenayah kewangan yang membabitkan salah laku dalam kes kewangan ekonomi negara.

Ia menjadi teknik terkini digunakan bagi siasatan kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan jumlah kewangan banyak dan berskala besar serta berprofil tinggi.

Malah, kaedah siasatan jenayah kewangan ini bukan sahaja dipelopori dan digunakan SPRM, sebaliknya kita mempelawa beberapa agensi lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila siasatan membabitkan kes besar atau syndicated crime berkaitan kewangan.

SPRM juga bukan sahaja perlu bekerjasama dengan agensi tempatan, bahkan memperluas jaringan kerjasama dengan agensi antarabangsa berkaitan kerana setiap entiti pastinya mempunyai kepakaran masing-masing untuk membantu dari sudut siasatan, sekali gus dapat membawa penjenayah ke muka pengadilan.

SPRM juga tidak boleh bekerja in silo atau bertindak seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana ia menyebabkan kita hanya fokus kepada satu perkara sahaja.

Oleh itu, SPRM perlu bekerjasama dengan agensi lain atas nama pasukan bertindak yang membolehkan mereka membantu dari segi kepakaran dan undang-undang dengan siasatan diketuai suruhanjaya ini.

Menerusi pelaksanaan kaedah berstrategik dan kerjasama rentas agensi ini, SPRM mencatat kejayaan apabila berupaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menerusi Operasi Tropicana (Op Tropicana) dengan kolaborasi bersama agensi tempatan dan luar negara.

Ini termasuk Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), CyberSecurity Malaysia, Telekom Malaysia Bhd (TM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan LHDN.

Pendekatan lebih terkini, profesional

Sesuai dengan peredaran semasa, kaedah dan pendekatan SPRM juga lebih terkini dan profesional bukan sahaja dalam usaha membanteras rasuah, malah mengatasi ketirisan.

Antaranya SPRM membentuk kaedah penyiasatan menjayakan kes berprofil tinggi membabitkan individu berjawatan atau berkedudukan tinggi menggunakan kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI).

Selain itu, peranan SPRM semakin mencabar apabila fungsi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) secara rasmi diserapkan sepenuhnya ke SPRM mulai 18 April lalu dan kini dikenali sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN).

Sempena ulang tahun SPRM ke-56 ini, kami bertekad dan optimis untuk mencapai negara bebas rasuah bukan sahaja dari aspek penguatkuasaan atau operasi, malah menguatkan jentera pencegahan untuk menutup setiap inci ruang dan peluang perlakuan rasuah hingga ke akar umbi.

Bagaimanapun, usaha dan tanggungjawab membanteras rasuah pasti tidak akan sempurna jika ia diletakkan sepenuhnya kepada SPRM semata-mata, sebaliknya perlu mendapat sokongan daripada semua pihak.

Bersesuaian dengan keperluan membabitkan seluruh masyarakat, SPRM juga mengadakan Pertandingan Mereka Bentuk Setem dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad, pertandingan lagu patriotik, majlis bacaan Yassin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala acara kemuncak sambutan akan diadakan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, esok.

Tahun ini buat pertama kali, SPRM menghasilkan setem kenang-kenangan yang boleh dibeli di pejabat Pos Malaysia di seluruh negara dan kami menerima 80 penyertaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan SPRM seluruh negara.

Hakikatnya, SPRM memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak daripada peringkat atas hingga akar umbi kerana prasyarat untuk membanteras rasuah serta salah guna kuasa adalah kesedaran terhadap bahaya jenayah itu yang akan memusnahkan negara dan rakyat, selain mempunyai keazaman untuk melaksanakan tadbir urus serta tata kelola secara berintegriti dan beramanah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Tan Sri Azam Baki

Get real time updates directly on you device, subscribe now.