nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu beras kelam kabut dek video berita palsu

2 OKT : Kerajaan akui bekalan beras putih tempatan (BPT) di negara ini agak kelam kabut namun Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin keadaan akan kembali pulih dengan beberapa strategi jangka pendek dan jangka panjang.

Jelasnya, kekurangan bekalan BPT dalam negara berlaku akibat pembelian panik yang berpunca daripada sebuah video yang menyebarkan berita palsu mendakwa bekalan beras bakal kehabisan.

Katanya, ia juga disumbang oleh trend pengguna yang terpaksa beralih kepada BPT ekoran kenaikan harga beras putih import (BPI) secara mendadak.

Keadaan itu menyebabkan pengguna membuat pembelian panik BPT dengan kuantiti yang lebih daripada biasa.

“Orang Petaling Jaya, orang Shah Alam dan orang sebelah situ semuanya makan beras import sebab harga beras tempatan RM26 manakala beras import harganya RM32 dan RM34. Tidak mahal sangat dan mereka kata beras import ini elok.

“Tetapi bila harga beras import naik melambung sampai RM37, RM40, mereka cari beras tempatan. Bila cari beras tempatan pula ada (pihak) main (sebar) dalam video dan sebagainya bulan depan tak ada beras.

“Jadi orang ramai pun terpa (serbu) pergi beli beras yang sebelum dia (cuma) guna sekampit tetapi dia beli tiga (kampit). Bila dia beli tiga (kampit) dia ambil yang orang lain dua kampit. Yang (selalu guna) dua kampit pula dia beli empat (kampit).

“Di Pokok Sena masa kita nak jual beras di bawah LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) ada seorang makcik dia beli dua kampit dan dia bawa masuk dalam but kereta.

“Kemudian dia datang balik beli dua kampit lagi. Saya tanya berapa ramai anak mak cik? (Dia kata) anak dua (orang). Sebulan berapa (kampit)? (Dia kata) sekampit tak habis. Kenapa beli empat. Mereka bagi tahu bulan depan tak ada beras,” katanya pada ceramah di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kampung Hayat di Bentong, malam tadi.

Sehubungan itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menasihati orang ramai supaya membeli mengikut keperluan sambil memberi jaminan kerajaan akan mencari jalan untuk menangani masalah berkenaan.

Beliau juga yakin keadaan akan mulai pulih dengan pelaksanaan beberapa langkah jangka pendek yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Esok (hari ini) kita akan bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kalau sudah bersetuju semuanya,…agensi kerajaan seperti hospital, kem tentera, polis dan sebagainya, kita minta mereka membeli beras import.

“Selepas itu, bekalan beras tempatan akan dilambak kembali di pasaran. Kalau tak menjadi juga, saya cari jalan yang lain kerana itu (strategi) jangka pendek,” katanya.

Mengenai strategi jangka panjang, beliau berkata kerajaan sekarang sedang berusaha untuk merealisasikan tuaian hasil padi selama lima musim untuk tempoh dua tahun, menerusi kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah.

Dalam pada itu, beliau berkata projek penanaman padi akan dikembangkan lebih luas di Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak bagi memastikan bekalan beras terjamin.

“Ini supaya beberapa tahun lagi bekalan beras cukup di Malaysia Insya-Allah. Kita tak boleh diam kerana semua kita kena buat kerja, kena ikhtiar. Kalau dengan maki sahaja tak boleh selesai (masalah).

“Saya tak peduli hal fitnah. Yang penting kita terus lakukan (kerja). Dulu ayam juga bermasalah tetapi sekarang sudah stabil. (Bekalan) telur juga stabil tapi ada ladang tak cukup sedikit sebanyak itu biasa namun umumnya stabil.

“Beras pun Insya-Allah (bekalannya) akan stabil. Kita akan cari jalan yang terbaik kerana kerajaan ini bukan kita duduk saja,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.