nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia catat pertumbuhan kukuh dalam e-pembayaran

14 OKT : Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan e-pembayaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Penolong Gabenor BNM, Abd Rahman Abu Bakar berkata ia didorong hasil kerjasama dan komitmen daripada sektor kerajaan, awam, swasta serta komuniti di bandar dan luar bandar.

Abd Rahman berkata sejumlah 9.5 bilion urus niaga e-pembayaran direkodkan dan meningkat berbanding 7.2 bilion pada tahun 2021  yang mana menunjukkan setiap rakyat Malaysia melakukan 291 transaksi e-pembayaran pada tahun 2022 (2021: 222 purata transaksi).

“Sebagai contoh, lebih 100,000 pendaftaran kod QR direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah penerimaan kod QR setakat suku pertama tahun ini, melebihi 1.7 juta pendaftaran.

“Saya berharap pertumbuhan ini akan dapat ditingkatkan lagi dengan komitmen industri untuk terus membantu peniaga-peniaga mikro dan kecil khususnya mengadaptasi e-pembayaran dalam perniagaan mereka,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program eDuit Desa Jom Cashless Bagan Nakhoda Omar di Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Abd Rahman berkata bagi meningkatkan kesedaran mengenai manfaat e-pembayaran, kempen e-Duit dengan slogan Selamat, Senang dan Segera yang dilancarkan tahun lalu masih lagi diteruskan bagi tujuan itu.

Beliau mengambil contoh projek rintis e-Duit yang dijalankan di Pulau Redang yang berjaya mengubah 70 peratus peniaga di seluruh Pulau Redang untuk menggunakan sistem e-pembayaran.

“Inisiatif tersebut meningkatkan ekonomi masyarakat di situ melalui aktiviti pelancongan yang sebelum ini amat bergantung kepada urus niaga secara tunai.

“Melalui projek rintis ini, kami (BNM) mendengar sendiri daripada masyarakat setempat mengenai impak positif daripada aspek keselamatan, pemudah cara serta peningkatan pendapatan serta peluang ekonomi melalui pelancongan,” katanya.

Pada masa sama, Abd Rahman memberitahu industri turut mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan kesan sebarang fi urus niaga yang dikenakan  penyedia perkhidmatan DuitNow QR.

“Sebagai contoh, bank-bank utama dan beberapa penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank mengumumkan mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

“Sesungguhnya, matlamat BNM bersama dengan institusi-institusi sektor kewangan adalah untuk memastikan kemudahan e-pembayaran dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira di bandar atau luar bandar. Ia merupakan pilihan pembayaran yang selamat, senang dan segera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.