nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 hospital di Gaza lumpuh

20 OKT : Empat hospital di wilayah Gaza lumpuh selepas menjadi sasaran serangan udara rejim zionis lapor agensi berita Jordan (Petra).

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital itu adalah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

“Hospital itu menampung jumlah pesakit yang tinggi iaitu pada kadar 150 peratus dengan ada dalam kalangan pesakit yang terpaksa tidur di atas lantai dan koridor.

“Tiada stok ubat, barangan perubatan dan bahan api di hospital,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata hospital tidak lagi mempunyai keupayaan perubatan juga bahan api dan sebarang kelewatan mendapatkan bekalan perubatan akan menyebabkan lebih ramai pesakit yang cedera tidak dapat diselamatkan.

Gesaan juga dibuat kepada komuniti antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan agar menyegerakan kemasukan barangan perubatan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan Cinta Gaza Malaysia, Haikal Luqman Zulkefli mengesahkan lintasan Rafah masih belum dibuka sehingga kini meski dijanjikan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, sebelum ini.

Sejak 7 Oktober lalu, seramai 3,785 warga Palestin terbunuh manakala lebih 12,000 cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Berkait serangan Israel ke atas Gereja Ortodoks Greek di Gaza semalam yang meragut dua nyawa dan mencederakan beberapa yang lain, Orthodox Patriarchate of Jerusalem tampil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zionis itu.

“Mensasarkan gereja dan institusinya serta tempat perlindungan yang disediakan kepada orang awam tidak bersalah terutamanya kanak-kanak dan wanita yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara Israel sejak 13 hari lalu, merupakan jenayah perang yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.