20 OKT : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyelaras harga kawalan maksimum baharu bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) berkuat kuasa hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata harga di pintu gudang syarikat pengeluar benih padi sah (BPS) diselaras daripada RM31 kepada RM40 per kampit 20 kilogram.
Manakala di peringkat peruncit, ia diselaras daripada RM35 kepada RM45 per kampit 20 kilogram.
“Penyelarasan tersebut dibuat mengambil kira pelbagai faktor dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kewangan.
“Ia juga tidak merubah struktur pengeluaran, pembekalan dan pengedaran BPS sedia ada melibatkan 12 syarikat pengeluar 13 syarikat pemborong dan 456 peruncit di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di Wisma Tani, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohammad berkata penyelarasan kawalan harga maksimum itu tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
“Ia juga tidak merubah struktur pengeluaran, pembekalan dan pengedaran BPS sedia ada melibatkan 12 syarikat pengeluar BPS, 13 syarikat pemborong, dan 456 peruncit di seluruh negara,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata KPKM sentiasa cakna dengan rungutan pesawah di lapangan berkaitan kesukaran mendapatkan BPS di pasaran selain peningkatan harga BPS per kampit 20 kilogram sehingga mencecah RM50.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 per tan metrik kepada RM1,300 per tan metrik semasa pembentangan Belanjawan 2024 lalu.
Ekoran itu, KPKM menjangkakan kenaikan harga benih padi ini akan menyebabkan kos pengeluaran termasuk bagi program IBPS akan turut meningkat dan tidak dapat dijual dengan harga kawalan maksimum sedia ada iaitu RM35 per kampit 20 kilogram.