Anwar-Liga Muslim Sedunia bincang konflik Palestin
21 OKT : Malaysia membincangkan penderitaan rakyat Palestin yang terus dibedil Israel tanpa henti dengan Liga Muslim Sedunia di Riyadh, malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan.
Perbincangan tertutup itu turut menyentuh kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia berhubung konflik di Gaza itu.
Mereka juga membincangkan isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama’ Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.
Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir.
Anwar mengadakan lawatan kerja dua hari ke Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berakhir semalam.
*Foto: Facebook Anwar Ibrahim