nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Freedom for Palestine: Dr Musa mohon maaf

23 OKT : Perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Ahad mengundang kecaman pelbagai pihak susulan beberapa larangan yang ditetapkan penganjur kepada peserta himpunan itu.

Ekoran itu, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin tampil memohon maaf atas tindakan pihaknya meletakkan pelbagai syarat termasuk melarang pemaparan sepanduk yang mengecap Presiden Israel Benjamin Nentayahu.

Katanya,  peraturan yang diambil oleh pihak penganjur adalah selaras dengan arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  bagi memastikan perhimpunan itu berada dalam sempadan kemanusiaan

“PDRM memberi arahan yang jelas kepada pasukan keselamatan kami untuk mengambil tindakan pantas terhadap ucapan kebencian, poster dan ejen provokator yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan kemanusiaan dan aman kami.

“Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami. Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami,” katanya menerusi hantaran di platform X, hari ini.

Dalam pada itu, Musa menafikan pihaknya melarang laungan takbir ‘Allahu Akbar’ ketika perhimpunan itu berlangsung.

Jelas beliau, juru acara perhimpunan itu hanya memberi peringatan mengenai perhimpunan berbilang agama seperti itu seharusnya melaungkan sesuatu yang boleh disertai semua agama.

“Isu takbir bukan isu, Nurul Izzah dan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Badlishah Sham bertakbir ketika berucap. Ramai yang bertakbir yang kami tidak hentikan.

“MC hanya mengingatkan ini adalah perhimpunan berbilang agama dan kita patut membuat nyanyian yang semua orang boleh sertai,” katanya.

Terdahulu, peserta Perhimpunan Freedom Of Palestine berasa kecewa ekoran tindakan penganjur melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.

Perhimpunan di Dataran Merdeka yang disertai hampir 5,000 peserta daripada pelbagai latar belakang itu mendapat kritikan orang ramai selepas penganjurnya turut bertindak merampas sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai syaitan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh turut mempersoalkan tindakan penganjur perhimpunan itu yang tidak membenarkan para peserta melaungkan takbir.

Menerusi hantaran beliau di Facebook, Akmal mencadangkan supaya mereka menganjurkan perhimpunan di hadapan pejabat sendiri dan sesama ahli sahaja.

“Ini negara Malaysia, Islam adalah agama Persekutuan.

“Maka siapa anda mahu menghalang takbir dilaungkan?” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.