nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Umat Islam tidak boleh neutral, berkecuali tentang isu Palestin

26 OKT : Semua pihak khususnya umat Islam dinasihatkan supaya tidak memilih pendekatan neutral atau berkecuali apabila berdepan dengan isu kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pendirian seperti itu tidak seharusnya berlaku sekiranya seseorang itu merupakan warganegara yang bertanggungjawab.

Mohd Na’im menegaskan sekarang bukan masa yang sesuai untuk seseorang berpendirian seperti itu.

“Kita beri nasihat, kadang-kala isu ini mungkin kita rasa tak libat diri kita, tak libat agama kita, tak libat bangsa kita.

“Kita tidak tahu satu masa nanti kena pada diri kita, warga kita, bangsa kita dan agama kita.

“Jadi ini bukan masa yang sesuai untuk kita kekal neutral,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia 2023 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Dewan Sheikh Othman Sarawak, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kesal dengan pendirian beberapa negara barat yang dilihat enggan memberikan dukungan kepada isu-isu kemanusiaan di Gaza.

Tegas Anwar, Malaysia akan teguh dengan pendirian supaya segala bentuk serangan ke atas orang ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak dihentikan serta  bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Palestin.

Mengulas mengenai serangan bersenjata ke atas penduduk di Gaza, Mohd Nai’m berkata tindakan itu kini bukan hanya melibatkan isu agama, sebaliknya ia menyentuh hak asasi manusia yang dicabuli tentera zionis.

“Sebab itu kita kena lihat secara luas dan ini bukan masanya untuk kita jadi neutral macam itu, berdiam diri dan tidak mainkan peranan, malah kekal neutral macam itu, tak terlibat.

“Kita perlu menjadi rakyat yang bertanggungjawab, tanpa melihat kepada agama seseorang itu kerana ia merentasi agama, ia isu kemanusiaan, sepatutnya kita terdetik sebagai rakyat bertanggungjawab,”katanya.

Justeru, beliau berharap semua pihak memupuk rasa tanggungjawab bagi menyuarakan isu yang sedang berlaku lebih-lebih lagi berkenaan keadaan Palestin yang sedang genting ketika ini.

“Apa yang berlaku di satu negara itu (Palestin) kita patut rasa bertanggungjawab untuk bersuara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.