29 OKT : Israel akan membenarkan peningkatan bantuan ke Gaza dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Seorang pegawai Israel hari ini menyeru orang awam Palestin untuk menuju ke kawasan yang disifatkannya sebagai zon “kemanusiaan” di selatan wilayah Palestin.
“Dalam minggu akan datang kami merancang untuk meningkatkan secara mendadak jumlah bantuan” menuju ke Gaza dari Mesir, kata Agensi Kementerian Pertahanan Israel yang berkoordinasi dengan rakyat Palestin, Kolonel Elad Goren.
“Kami sudah menetapkan zon kemanusiaan di selatan Semenanjung Gaza di kawasan Khan Younis… kami masih mengesyorkan supaya penduduk awam yang dipindahkan pergi ke zon ini,” katanya.
Goren tidak menyatakan sama ada zon kemanusiaan itu baharu atau kawasan sedia ada.