31 OKT : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
Pelantikan itu diumumkan PAS dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Selain dua bekas pemimpin UMNO itu, AJK lain yang turut dilantik adalah Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Mohd Mazri Yahya, Nasrudin Hassan, Mohd Yusni Mat Piah, Wan Rohimi Wan Daud dan Mohd Zuhdi Marzuki.
Penolong Setiausaha Agung 1, 2 dan 3 pula masing-masing disandang oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil, Khairul Fahmi Matsom dan Mohd Syahir Che Sulaiman.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pelantikan tersebut dicadangkan dan dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Barisan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik terdiri daripada Mohd Shukri Ramli (Perlis), Datuk Ahmad Saad@Yahaya (Kedah), Datuk Ahmad Yaakob (Kelantan), Datuk Husain Awang (Terengganu) dan Muhammad Fauzi Yusoff (Pulau Pinang).
Turut dilantik, Razman Zakaria (Perak), Rosli Abdul Jabar (Pahang), Datuk Dr Ab Halim Tamuri (Selangor), Azhar Yahaya (Wilayah Persekutuan), Rafiei Mustapha (Negeri Sembilan), Zulkifli Ismail (Melaka), Abdullah Husin (Johor), Dr Aliakbar Gulasan (Sabah) dan Jofri Jaraiee (Sarawak).