Bolivia putuskan hubungan dengan Israel
1 NOV : Bolivia sekali lagi memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel selepas ‘kegilaan’ rejim Tel Aviv itu melancarkan serangan ke atas Palestin.
Sebelum ini Bolivia memutuskan hubungan dengan Israel selama lebih 10 tahun susulan serangan zionis itu ke atas Semenanjung Gaza dan hanya memulihkan semula hubungan itu pada 2019
Bolivia merupakan negara Amerika Latin pertama yang membuat keputusan tegas tersebut selepas Israel menyerang Palestin tanpa henti sejak 7 Oktober lalu.
Negara itu juga mendesak gencatan senjata segera dilakukan dan berikrar akan segera menghantar sumbangan kemanusiaan ke Gaza.