5 stesen JPS keluar amaran bahaya
5 NOV : Paras air di lima stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Selangor dan Perak melebihi tahap bahaya dan boleh menyebabkan banjir besar.
Menurut data JPS, setakat jam 12.45 tengah hari ini empat stesen kendalian itu menunjukkan trend paras air semakin menaik membabitkan Selangor iaitu di Sungai Semenyih (Pekan Bangi Lama), Sungai Langat (Bukit Changgang, Dengkil dan Jenderam Hilir).
Begitu juga satu stesen di Perak membabitkan Sungai Bidor iaitu Changkat Jong di Hilir Perak.
Sementara itu, ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Menteorologi (MetMalaysia) hari ini menunjukan ribut petir akan berlaku di beberapa negeri.
Untuk petang ini, ribut petir akan berlaku di beberapa tempat membabitkan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
Selain itu bagi kawasan pendalaman, ribut petir akan berlaku di satu dua tempat di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Sementara itu, di Sarawak ribut petir dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang manakala di Sabah pula dijangka berlaku membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Pada sebelah malam pula, di kawasan Semenanjung ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala tiada hujan di kawasan Putrajaya dan Johor.