nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3 anak yatim Palestin ditaja rakyat Malaysia terkorban

8 NOV : Tiga anak yatim Palestin yang ditaja rakyat Malaysia terkorban dalam serangan rejim Tel Aviv di Gaza, pada Selasa. 

Perkhabaran duka tersebut disampaikan pemilik akaun platform X, Zulfadhli Zin dan disahkan oleh akaun MyCARE, hari ini. 

Mereka terdiri daripada Abedallah Shikh Eid, Ali Ali Al Nashar dan Baker Mohammed Baker Al Nams di mana ketiga-tiga mereka berusia 17 tahun.

“Menerima berita sedih buat rakyat Malaysia. Tiga anak yatim dari Palestin yang ditaja Malaysia setiap bulan dan dijadikan anak angkat telah pergi selamanya.

“Pihak @mycarehq dah maklumkan kepada ibu bapa angkat mereka di Malaysia. Sama-sama kita doakan dan salam takziah,” katanya menerusi platform X.

Sementara itu di Gaza, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengesahkan konvoi misi bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan diserang di bandar itu.

Menurut ICRC dalam satu kenyataan, konvoi lima trak dan dua kenderaan Palang Merah itu diserang ketika dalam perjalanan membawa bekalan ke beberapa pusat kesihatan termasuk hospital Al-Quds.

Jelas kenyataan itu, dua trak rosak dan seorang pemandu cedera dalam kejadian tersebut.

“Keadaan seperti ini amat berbahaya bagi pekerja misi kemanusiaan.

“Kami sedang berusaha membawa bantuan segera kepada orang awam yang amat memerlukan.

“Dengan memastikan bantuan penting dapat sampai ke pusat kesihatan merupakan kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata ketua sub-delegasi ICRC Gaza, William Schomburg.

Setakat ini, lebih 10,000 orang di Gaza terbunuh termasuk 4,000 kanak-kanak dan berpuluh-puluh wartawan termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam pengeboman Israel sejak 7 Oktober.

Israel mengepung Gaza dan menghalang semua bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan elektrik kepada 2.3 juta penduduknya.

Tentera Israel juga mengebom sumber air, bot nelayan, hospital, sekolah, masjid dan memusnahkan keseluruhan blok kediaman hingga membawa kepada tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.