nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN menang di Kemaman jadi ancaman kepada PAS

21 NOV : Kemenangan Barisan Nasional di Parlimen Kemaman 2 Disember ini akan menjadi tamparan kepada PAS untuk berkhidmat lebih baik kepada seluruh rakyat di Terengganu.

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor kemenangannya akan membuat PAS merasa terancam.

Katanya, kemenangan BN penting untuk memberi impak dan kesedaran kepada PAS yang ketika ini mentadbir kerajaan negeri tanpa wakil pembangkang.

“Sekiranya BN menang, kerajaan negeri di bawah PAS akan terancam. Jadi mereka akan buat lebih baik kepada pengundinya, apabila pengundi dapat yang (khidmat) terbaik bermakna rakyat mendapat manfaat.

“Berikan Kemaman kepada BN, kita bukan saja akan dapat perhatian daripada kerajaan pusat. Rakyat akan dapat limpahan nikmat, pastinya kalau saya jadi kerajaan negeri kita tidak boleh duduk selesa dengan kedudukan sedia ada, kena kerja lebih kuat lagi.

“Jadi manfaat kepada kepada siapa? Rakyat. Maka pengundi di Kemanan ini kritikal untuk pastikan hala tuju terbaik. Jika BN menang di Kemaman, keseluruhan masyarakat di Terengganu akan dapat manfaat yang besar. Ini yang kita kata limpahan nikmat, kesannya,” katanya lapor Malaysiakini.

Raja Mohamed Affandi ketika turun berkempen di Kemaman.

Penampilan Raja Mohamed Affandi dalam PRK Kemaman kali ini mencuri tumpuan susulan beliau seorang bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang terjun ke arena politik.

Kata bekas panglima tentera itu, kesanggupannya untuk menjadi calon pada PRK kali ini supaya tidak ada penyesalan dalam hidupnya apabila kesempatan itu wujud.

“Saya buat ini (jadi calon) supaya tidak ada penyesalan dalam hidup saya, sekiranya saya tolak kemudian ia berlaku dengan cara lain. Sedangkan saya ada kesempatan untuk mengubah keadaan tersebut, tetapi saya tidak sanggup untuk cuba mengubahnya.

“Apa erti kehidupan kita kalau jadi macam itu, tak ada makna hidup. Maka saya masuk (pilihan raya), apabila saya masuk ia mungkin akan jadi pencetus kepada yang (orang) lain. Buka ruang kepada pegawai perkhidmatan tertinggi dalam kerajaan yang ada, dengan pengalaman yang mereka ada mungkin boleh duduk satu penggal sebagai wakil rakyat misalnya,” katanya.

Menurutnya, ketika berkempen beliau tidak menjanjikan bulan bintang kepada pengundi.

“Tetapi kita ambil perhatian. Saya tak nak beri harapan secara berlebihan. Tetapi sekiranya saya diberi mandat selepas 2 Disember nanti, saya akan bawa dan ketengahkan kepada pihak-pihak berkenaan termasuk ke Parlimen berkait perkara yang dibangkitkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.