nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

India minta 6 juta tan metrik minyak sawit mentah

25 NOV : India meminta Malaysia meningkatkan import minyak sawit mentah (CPO) kepada enam juta tan metrik setahun.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementeriannya sedang memperincikan kaedah untuk memenuhi permintaan India itu.

Setakat ini, kata Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata India merupakan pengimport terbesar CPO Malaysia iaitu sebanyak empat juta tan metrik setahun.

“Namun, kita tidak dapat menjual semua CPO kita kepada satu-satu negara saja. Ini kerana kita juga memerlukan CPO untuk diproses bagi memenuhi permintaan eksport produk sawit.

“Oleh itu, kita sedang memperincikan permintaan mereka (India) yang mahu lebih banyak CPO dari negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Trek Komoditi Zon Sarawak bersama pengusaha tanaman koko di Kampung Serpan Laut, Asajaya di Samarahan, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata Malaysia tidak dapat memenuhi semua permintaan negara yang mahukan CPO susulan Malaysia juga memerlukannya dalam kuantiti besar untuk diproses sebagai produk hiliran berikutan peningkatan permintaan terutama daripada sektor oleokimia dan makanan haiwan yang berkembang pesat di China.

“Justeru, kita kini memberi keutamaan kepada China kerana mereka meningkatkan import minyak sawit yang sudah diproses kepada 3.4 juta tan metrik, tahun depan.

“China bersetuju menerima pakai Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), dan kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian China untuk mengembangkan lagi produk hiliran minyak sawit dengan salah satu komponennya ialah kapsul vitamin E dan minyak sawit merah,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara produk sedang dibangunkan di China menerusi institut penyelidikan yang ditubuhkan bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ialah makanan untuk ketam jenis ‘hairy crab’.

“Ketam itu kini menjadi premium selepas diberi makan minyak sawit merah kerana apabila dimasak, warna ketam itu serta telurnya akan menjadi lebih merah. Bagi masyarakat China, merah adalah petanda yang amat baik. Justeru, minyak sawit merah kini amat popular di negara itu.

“Penyelidikan juga sedang dijalankan untuk menjadikan minyak sawit merah itu makanan udang dan menghasilkan daging vegan lebih bermutu berbanding yang dihasil menggunakan sumber soya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.