nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC siapkan proses daftar platform media sosial : Fahmi

1 DIS : Tiada mana-mana platform media sosial akan ditutup atas dasar prinsip kebebasan bersuara.

Namun Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kesemua platform itu perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memudahkan proses kawal selia.

Katanya, MCMC sedang menyediakan kerangka dan proses pendaftaran dalam tempoh sebulan ini.

“Kita tidak berhasrat untuk menutup platform seperti TikTok dan yang lain, sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara.

“Tapi pada masa yang sama, dengan adanya kebebasan itu mesti ada tanggungjawab. Jadi sekiranya mana-mana pihak termasuk platform yang mungkin tersalah langkah ataupun membuat kenyataan yang ekstremis disebar luar maka boleh diambil tindakan.

“Jadi antara perkara yang kita akan lakukan dalam masa yang terdekat ini adalah memastikan semua platform media sosial berdaftar dengan MCMC. Itu adalah salah salah satu perkara yang saya sebut sebelum ini dan sekarang makin jelas,” katanya kepada pemberita selepas rakaman program Suara Anak Madani di ibu kota, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata sehingga kini MCMC masih mengumpul beberapa maklumat antaranya pengalaman luar dan perbincangan dengan penyedia platform media sosial di Malaysia bagi tujuan pendaftaran berkenaan.

Katanya, beliau melihat proses kawal selia perlu dilaksanakan namun dari aspek sebaran palsu dan bahan fitnah, tindakannya diambil oleh pihak berkuasa.

“Apabila kita melihat keadaan di Indonesia mereka juga tidak berharap untuk mengharamkan atau menutup TikTok.

“Tapi kawal selia (penting). Bagi TikTok Shop mereka melihat antara lain, tidak mahu produk luar negara dilambakkan ke Indonesia.

“Di Malaysia kita lebih bidang kementerian lain tapi kita lihat nanti, akan panggil beberapa kementerian lain untuk kita selaraskan beberapa tindakan,” katanya.

Tegasnya, kenyataan bersifat ekstremis di media sosial perlu diatasi.

“Penting kita lihat apakah suasana yang membolehkan mereka tidak berfikir panjang dan mahu keluarkan kenyataan seperti ini dalam media sosial.

“Kita lihat bagaimana seorang ustaz yang kata macam-macam terhadap perdana menteri, ditahan reman.

“Ada juga orang yang kata nak tembak perdana menteri, bayar RM5 juta…pun ditahan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.