nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kontraktor dapat projek kerajaan diingatkan jaga kualiti

8 DIS : Kontraktor yang terpilih melaksanakan projek-projek kerajaan diingatkan agar sentiasa mematuhi kualiti, produktiviti dan profesionalisme.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berharap pelaksanaan projek-projek itu tidak dilengahkan dan dapat disiapkan pada waktu ditetapkan.

“Bagi kontraktor yang dianugerahkan projek tertentu, ia satu amanah dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Ini kerana di dalamnya terdapat hak yang mesti ditunaikan kepada orang lain.

“Maka dalam konteks larangan mengkhianati amanah sesama manusia, khianat terhadap amanah dalam pembelajaran dan pekerjaan turut dilarang Allah SWT.

“Dalam tafsir al-Munir turut dijelaskan jika tiada sikap amanah dalam diri seseorang, lantas tidak sempurna dirinya untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya.

“Saya percaya, selain sifat amanah jika kontraktor Bumiputera terus berusaha dan menitik beratkan sifat kreatif serta berdaya saing, mereka akan berupaya memanfaatkan segala peluang dan sentiasa bersedia mengadaptasi norma baharu yang penuh cabaran dan perubahan,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ke-44 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Teks ucapan Ahmad Zahid dibacakan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang turut melancarkan Majlis Kontraktor Generasi Baharu (MKGB).

Mengulas pembentukan sayap baharu persatuan kontraktor itu, Ahmad Zahid berkata ia dilancarkan tepat pada masanya dengan mengambil kira kehendak semasa.

Beliau berkata, langkah itu juga boleh menarik kontraktor muda dalam kalangan anak ahli persatuan.

“Ini satu langkah positif daripada PKMM untuk digerakkan supaya kontraktor mempunyai pelapis dalam kalangan generasi baharu,” katanya.

Mengimbau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak pandemik COVID-19 yang menjejaskan industri berkenaan, Ahmad Zahid berkata perangkaan Kementerian Kerja Raya (KKR) menunjukkan industri pembinaan dianggar mengalami kerugian lebih RM42 bilion sejak PKP dikuat kuasa pada 18 Mac 2020 hingga kini.

Daripada jumlah itu, katanya sebanyak RM18 bilion adalah anggaran kerugian dalam tempoh PKP 3.0 bermula 1 Jun hingga September 2021.

“Kesan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP, menyebabkan sektor pembinaan mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan sebanyak 19.4 peratus pada 2020.

“Pada suku pertama tahun ini pula, sektor pembinaan terus menurun pada kadar 10.4 peratus, namun angka itu meningkat pada kadar 40.3 peratus pada suku kedua 2021 dan terus meningkat sehingga kini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.