15 DIS : Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi jaminan insiden pencerobohan portal rasmi Halal Malaysia Sabtu lalu tidak menyebabkan sebarang ketirisan data.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata portal Halal Malaysia kembali beroperasi pada Rabu lalu selepas pembaikan oleh pasukan ICT Jakim.
“Saya mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini ‘loophole’ yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali portal rasmi Halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Hakimah berkata pihaknya menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di portal Halal Malaysia.
Beliau turut meminta proses menyiapkan infrastruktur baharu iaitu server, operation system dan aplikasi portal dinaik taraf ke versi terkini.
“Proses ini sedang dilaksanakan dan saya difahamkan infrastruktur baharu ini akan disiapkan sebelum Januari 2024,” katanya.