16 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan ahli-ahli perniagaan Jepun di The Prince Park Tower Tokyo sempena lawatan kerjanya ke negara itu.
Pertemuan itu antara lain bertujuan untuk meyakinkan pelabur sedia ada untuk terus meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Antara ahli perniagaan Jepun yang terlibat dalam pertemuan selama hampir dua jam itu ialah Rohm Wako, NEC dan Mitsui & Co.
Anwar kemudiannya menyertai Perbincangan Meja Bulat bersama 25 kapten industri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang pembuatan, perkhidmatan dan perdagangan.
Perbincangan meja bulat tersebut dikendalikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).