26 DIS : Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang terpaksa ditutup operasi mulai petang ini akibat dilanda banjir.
Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu dilakukan serta-merta hingga diberitahu kelak.
“Penutupan pengoperasian Kompleks ICQS Rantau Panjang berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.
“Hanya ICQS Rantau Panjang ditutup manakala ICQS Pengkalan Kubor dan Jeli masih beroperasi seperti biasa.
“Segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas memaklumkan laluan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup kepada semua kenderaan mulai malam tadi.
“Atas faktor keselamatan, semua pengguna dinasihatkan tidak melalui kawasan Kalbok 5 bermula malam tadi hingga diberitahu kelak kerana keadaan jalan tidak selamat untuk semua jenis kenderaan,” katanya.