15 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia.
Beliau berkata, perayaan yang diraikan selama empat hari itu adalah perayaan budaya bagi menzahirkan rasa syukur, selain bersiap untuk lembaran baharu.
“Saya berharap masyarakat Tamil di Malaysia dapat meraikannya dengan kegembiraan dan kebahagiaan serta semarakkan nilai yang baik, selain terus memperteguhkan kemajmukan sebagai akar dan kekuatan bangsa,” katanya, lapor Bernama.
Ponggal menandakan permulaan bulan ‘Thai’ dalam kalendar Tamil dan disambut dengan penyediaan nasi manis untuk keluarga serta rakan sebagai tanda berterima kasih dengan hasil tuaian yang melimpah ruah.