nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masih ada yang pertahan perasuah

9 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui hairan dengan pihak yang menuding jari dan menyindir kerajaan atas pendakwaan dikenakan terhadap golongan maha kaya yang terpalit rasuah.

Kata Anwar, ada pihak tidak puas hati apabila pendakwaan dikenakan terhadap individu tertentu yang mengumpul kekayaan berbilion ringgit.

“Saya rasa aneh bagaimana boleh kita pertahankan kerana orang itu kononnya sudah tua atau kes sudah lama dan mereka tak kira berbilion ringgit yang diambil.

“Polis pangkat sarjan kalau ditangkap ambil rasuah RM500 didakwa, di kampung kalau curi motosikal didakwa dan dipenjara. Tak kira sama ada dia sakit atau di hospital atau kena pukul.

“Namun apabila kita ambil tindakan terhadap golongan perasuah besar negara, timbul kenyataan mengapa dendam, mengapa zalim, mengapa tak mengira umur, ini buat saya berasa aneh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, hari ini.

Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tegas dalam menjalankan tugas tanpa mengira kedudukan.

“Saya percaya dan bangga pada badan penguatkuasaan, baik SPRM, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) atau PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana tegas dan bertindak profesional terhadap golongan yang diketahui merompak kekayaan berpuluh bilion dari negara ini,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan perlu berhati-hati ketika berbelanja merana masih menanggung hutang terkumpul mencecah RM1.5 trilion.

“Jika mahu cermat takut pula menjejaskan bidang pendidikan, penduduk miskin serta soal kesihatan yang memerlukan kerajaan merangka ekonomi dengan begitu cermat.

“Itu sebab saya kata, biar ada satu mesej jelas apa pun mahu disergah, mahu disinggung, saya tidak peduli. Saya mohon penjawat awam termasuk di Melaka faham, dalam kesempatan yang ada, biar kita beri mesej jelas pada negara ini dan pimpinan kini dan akan datang, gunalah kebijaksanaan, gunalah kuasa sebaiknya.

“Sebaik sahaja kamu punggah kekayaan negeri untuk kepentingan peribadi atau keluarga, kami tetap bertindak, tangkap dan dakwa kamu, barulah kita boleh jamin keselamatan negara pada masa akan datang,” katanya

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.