19 FEB : Isu kebajikan rakyat antara yang menjadi fokus pada Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Ahad.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelbagai perkara juga dibincangkan secara bersama pada mesyuarat PKR itu.
“Bersama teman-teman seperjuangan sewaktu mesyuarat kedua parti bagi Tahun 2024.
“Bermula dengan mesyuarat Biro Politik dan kemudian disusuli dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang dipengerusi oleh YAB Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Banyak isu-isu semasa yang kami bincang dan teliti bersama.
“Isu kebajikan rakyat sering menjadi keutamaan oleh YAB Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim. Reformasi!,” katanya menerusi hantaran melalui Facebook pada Ahad.
Terdahulu Anwar yang juga Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat itu yang merupakan kali kedua bagi tahun ini