UMNO kaji status keahlian pemimpin terlibat kes jenayah seksual
20 MAC : UMNO akan mengkaji status keahlian seorang pemimpin Pemuda Johor yang dilaporkan terlibat kes jenayah seksual akan dikaji mengikut Perlembagaan parti.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
“Apabila polis dah lengkapkan siasatan, kita serahkan kepada proses undang-undang seterusnya.
“Di peringkat parti, kita kaji apa bentuk tindakan sesuai mengikut lunas perlembagaan parti.
“Kita akan keluar kenyataan tak lama lagi,” katanya, lapor FMT.
Terdahulu, media melaporkan seorang pemimpin Pemuda UMNO bahagian di negeri itu dijangka didakwa esok atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki.
Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya enam remaja lelaki menjadi mangsa dalam kes itu.