5 APR : Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berkait isu stoking tertera kalimah ALLAH.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya menerima dua laporan berkaitan ucapan dan tindakan Akmal terhadap isu berkenaan.
“Siasatan dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah ALLAH memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.
Awal hari ini, Akmal memaklumkan beliau ditahan polis di Kota Kinabalu melalui satu kenyataan ringkas di Facebook.
Menurut Razaruddin, kes melibatkan stoking tertea kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.