16 APR : Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datun Mohd Tamrin Abdul Ghafar memberi keterangan kepada polis berkaitan catatan di blognya pada 4 April lalu.
Beliau hadir memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman kira-kira 10.30 pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
“Kita telah ambil keterangan daripada beliau pada 10.30 pagi tadi dan akan lengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Bernama.
Sebelum ini, media melaporkan Tamrin, 74 yang juga anak bekas timbalan perdana menteri, Tun Abdul Ghafar Baba menerima panggilan telefon daripada polis berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang.