18 APR : Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata sehubungan itu, satu deraf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu juga berkata persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat yang berlangsung di Sri Perdana, Putrajaya, semalam.
“Perkara ini dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri pemimpin tertinggi parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.