26 APR : Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sudah mulakan pembinaan jeti di luar pesisir pantai Gaza bagi mempercepatkan bantuan kemanusiaan ke kawasan itu.
Menurut Reuters, Pentagon berkata pelabuhan itu akan mula beroperasi Mei ini.
Menurutnya lagi, Presiden AS, Joe Biden turut meminta Israel memudahkan akses bantuan ke Gaza melalui laut berbanding laluan darat.
Seorang pegawai kanan AS berkata bantuan kemanusiaan yang datang dari jeti perlu melalui pusat pemeriksaan Israel di darat dan akan diperiksa oleh Israel di Cyprus sebelum dihantar ke Gaza.
Namun pemeriksaan itu menimbulkan persoalan kemungkinan bantuan akan lewat sampai selepas tiba di pantai.
Kini, Israel masih menghalang sebarang bantuan kemanusiaan memasuki wilayah tersebut.
Jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Patrick Ryder berkata pihaknya mengesahkan kapal tentera AS termasuk USNS Benavidez sudah memulakan pembinaan sementara peringkat awal serta menambak laut.
Menurutnya, jeti itu boleh mengendalikan 150 trak setiap hari.
*Foto : Facebook 7th Transportation Brigade – Expeditionary