22 MEI : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda bertitah keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara.
“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda melalui hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, lapor Bernama.
Perayaan Hari Wesak disambut hari ini.
Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.
*Foto : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar