23 MEI : Sijil cuti sakit (MC) dari Hospital Tangkak di Johor dilaporkan hilang, baru-baru ini.
Hospital itu melalui akaun Facebook rasmi memaklumkan perkara itu hingga tular di media sosial.
Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berkait kehilangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata laporan tersebut diterima pihaknya 11 Mei lalu.
“Kita mengesahkan ada menerima laporan (MC hilang) pada 11 Mei 2024. Kita juga telah buat semakan berhubung perkara tersebut.
“Kita telah menyerahkan kes ini untuk dirujuk kepada agensi lain seperti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selain untuk tindakan jabatan yang berkenaan,” katanya, lapor Sinar Harian.
Makluman dimuat naik hospital itu menyebut kehilangan itu melibatkan sijil cuti sakit (Perubatan 9 – Pin.15/93) dengan nombor siri HTGK F 896400.
Menurut Pengarah Hospital Tangkak, sijil cuti sakit tersebut tidak sah untuk diguna pakai susulan kejadian itu.
“Notis pemakluman. Dimaklumkan Hospital Tangkak kehilangan sijil cuti sakit (Perubatan 9- Pin.15/93) dengan nombor siri HTGK F 896400.
“Sijil cuti sakit bernombor siri HTGK F 896400 adalah tidak sah diguna pakai. Sekian, terima kasih,” katanya.