nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selamatkan negara lebih penting berbanding pengiktirafan antarabangsa 

27 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan langkah menyelamatkan negara dan melindungi hak rakyat adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Susulan itu, Anwar berkata beliau tidak kisah kedudukan Malaysia jatuh dalam laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) baru-baru ini kerana negara mengambil tindakan keras terhadap ketaksuban dalam isu perkauman dan agama.

“Saya tidak kisah, tak mengapa jika kedudukan negara kita diturunkan hanya kerana kita mengambil tindakan keras terhadap golongan yang fanatik dalam isu perkauman dan agama kerana bagi saya, untuk menyelamatkan negara ini dan melindungi hak rakyat majoriti serta minoriti adalah lebih penting daripada memperoleh markah yang tinggi bagi mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Jika anda membiarkan ketaksuban dalam isu perkauman atau fasisme atau agama membiak maka anda perlu menjangkakan kemungkinan wujudnya ketidakharmonian agama,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching, hari ini, lapor Bernama.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga kepada tempat ke-107 berbanding ke-73 tahun lepas dengan markah 52.07 mata.

Sebaliknya, Anwar berkata demokrasi yang bertenaga tidak boleh matang tanpa kebebasan media dan golongan yang diberikan kuasa untuk menguruskan ekonomi serta negara harus menerima hakikat ini.

Beliau berkata demokrasi melibatkan serta memerlukan media yang bebas, ruang dan kebebasan untuk mengeluarkan idea, pandangan serta maklumat.

“Kalau tidak ada kebebasan, tidak akan ada pencernaan karya-karya hebat dan agung baik dalam sastera, budaya atau politik. Semua itu tidak dapat dicernakan tanpa rasa bebas mengungkap dengan sebaiknya tetapi apa batasannya?

“Batasannya adalah apabila kita menggunakan ruang untuk memecahbelahkan, menanam bibit permusuhan yang akan meruntuhkan sendi negara ini. Sebab itulah kita punyai tugas dan tekad politik untuk menyatakan batas yang diperlukan

“Ia mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pandangan terutama di barat, sebab itu saya katakan dalam era pascanormal yang disebut chaos, complex dan penuh dengan pertembungan itu menuntut kita juga memikir kaedah yang benar,” katanya.

Perdana menteri berkata isu melibatkan 3R (agama, kaum dan raja) bukan untuk menakutkan atau menggambarkan seolah-olah ia tidak boleh ‘disentuh’ langsung sebaliknya ia adalah untuk melindungi negara daripada perpecahan.

“Saudara boleh tegur soal kaum, boleh cadang dan kemukakan pandangan. Sekarang ini digunakan kononnya tidak boleh disinggung soal 3R (tapi) 3R yang merosakkan, memecahbelahkan, menghasut dan menghina kaum, agama itu tidak dibenarkan.

“…kalau bicara (contohnya) perlu ada pandangan tertentu (melibatkan soal 3R), itu tidak ada masalah. Jadi jangan digunakan hujah seolah-olah (isu 3R) tidak boleh disentuh (langsung), itu sama sekali tidak benar,” katanya.

Anwar juga berkata media mempunyai tanggungjawab dan cabaran yang jauh lebih besar berbanding generasi sebelumnya terutama dalam mengangkat martabat serta membina manusia baharu.

“Sebab itu perlu ada kod etika. Etika kewartawanan ini bukan meletakkan sesuatu yang dipaksa daripada penguasa atau kerajaan tetapi ialah kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa. Mengangkat harakat bangsa itu bererti menggapai alam yang diterokai termasuk digital dan AI (kecerdasan buatan) tetapi tidak pernah harus lupa untuk mengakar ke bumi.

“Mengakar itu bererti nilai kemanusiaan, nilai akhlak dan etika kerana manusia itu tidak tertegak hanya dengan AI, pembangunan, infrastruktur tetapi ia tertegak dengan kekuatan fizikal, keindahan teknologi tetapi dengan nilai kemanusiaan. Ini nilai terbesar kepada kita,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.