nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Google labur RM9.4 bilion wujud pusat data, wilayah Google Cloud di Malaysia

30 MEI : Google akan melabur AS$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia bagi mewujudkan pusat data pertama dan wilayah Google Cloud di Malaysia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Elmina Business Park milik Sime Darby Property Bhd di Greater Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan.

Menurut MITI, komitmen pelaburan baharu Google itu dijangka bakal menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor di Malaysia termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

“Wilayah Google Cloud di Malaysia akan menyertai 40 wilayah dan 121 zon yang kini beroperasi di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan di peringkat tempatan dan global, selain program celik AI (kecerdasan buatan) untuk pelajar serta pendidik Malaysia.

“Komitmen terbaharu oleh sebuah lagi gergasi teknologi global di Malaysia ini menjadi pencapaian penting dalam visi kerajaan MADANI untuk menarik lebih ramai pelabur digital bagi membantu membina ekonomi yang dipacu pendigitalan yang kukuh dan selamat.

“Peningkatan kapasiti dan kebolehpercayaan pada perkhidmatan awan akan menyokong pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan untuk mewujudkan dunia yang lebih terhubung dan berdaya tahan,” kata MITI dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beberapa siri libat urus MITI berlangsung membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan yang juga Ketua Pegawai Kewangan Alphabet dan Google, Ruth Porat.

Memorandum Persefahaman turut ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Google pada 14 November 2023.

Menurut MITI, pusat data Google juga akan memperkasakan perkhidmatan digital terkemuka Google seperti Search, Maps dan Workspace.

Pada masa sama, Google turut memainkan peranan penting bagi membolehkan manfaat Al disampaikan kepada pengguna seluruh negara.

Bagi wilayah Google Cloud pula, ia akan menyediakan infrastruktur awan, analitik dan perkhidmatan AI berprestasi tinggi serta kependaman rendah kepada perusahaan besar, syarikat pemula niaga dan organisasi sektor awam, sambil mengekalkan piawaian pematuhan keselamatan dan kawal selia yang tertinggi.

Apabila beroperasi kelak, Malaysia akan menyertai 11 negara lain yang mengendalikan pusat data bagi memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia.

Dalam kenyataan sama, Porat berkata pusat data pertama Google dan wilayah Google Cloud ialah pelaburan terancang terbesar gergasi itu setakat ini di Malaysia, negara yang menjadi hab syarikat itu sejak 13 tahun lalu.

“Pelaburan ini dibina atas perkongsian kami dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan ‘Dasar Awan Pertama’ termasuk piawaian keselamatan siber terbaik dalam kelasnya.

“Dengan pengumuman hari ini, Malaysia dan Google bekerjasama untuk memajukan pakatan kami untuk mencipta ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi transformasi digital,” katanya.

Sementara itu, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengumuman terkini Google itu akan menyokong matlamat digital yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Katanya, pusat data Google dan wilayah Google Cloud di Greater Kuala Lumpur itu bakal memperkasa sektor pembuatan dan industri berasaskan perkhidmatan Malaysia dengan memanfaatkan AI serta teknologi canggih lain bagi meningkatkan rantaian nilai global.

“Kami juga mengalu-alukan rancangan Google untuk membantu Malaysia membangunkan ekosistem bakat yang teguh dengan memudahkan pertumbuhan kemahiran digital, perniagaan dan kerjaya pekerja kita.

“Memandangkan komitmen ini menarik pelaburan selanjutnya, ia akan merangsang inovasi dan memacu pertumbuhan untuk organisasi dari semua saiz.

“Kami yakin perkongsian dan pelaburan berterusan Google akan mempercepatkan transformasi digital negara, menyumbang kepada visi MADANI ke arah Malaysia yang lebih makmur dan maju dari segi teknologi,” katanya.

Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata pelaburan itu dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion dolar.

“Pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud ini adalah bukti bahawa perencanaan Kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.

“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.

“Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.